Sunday, December 9, 2012 0 comments By: Wan Remz

musafir:istanbul aku datang

assalammualaikum..saya mendapat peluang berkelana ke bumi yang dulu dikenali sebagai kota constantinopel yang sememangnya terkenal dengan sejarah islam.kota itu dikenali sebagai istanbul...saya kesana ada tugasan..b
saya bertolak kesana dari klia sekitar jam 9pm dengan penerbangan etihad.ramaignya org malaysia dalam flight ni..mungkin bercuti...alhamdulilah.sekarang dah selamat sampai di abu dhabi international airport sekitar jam 12.00am waktu tempatan...sekarang tgh tunggu flight ke istanbul yang akan bertolak sekitar 4.20am...mudah mudahan dipermudahkan Allah
Saturday, September 8, 2012 1 comments By: Wan Remz

KISAH EN HARY & HOSPITAL SULTANAH AMINAH

HARY, seorang sahabat di tempat kerja lama Panasonic System Network, Senai..
Dari berita yang diterima dari beberapa sahabat, HARY telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Beliau telah didiagnosis mengidap KANSER DARAH...Jadi saya sempat melawat beliau di WAD HEMATOLOGI BILIK 7 pada jam sekitar 5pm 06/09/2012 bersama-sama dengan En Khairul Ezry.HARY menyambut kami dari tingkap biliknya seakan2 tahu kehadiran kami menziarahinya..Susuk tubuh sedikit susut dengan tangannya kiri membengkak dan kelihatan darah beku di tangah kananya..Nafasnya ditarik dalam setiap kali hendak berkata2..Keadaannya berbeza dengan keadaan die sihat dulu..Dulu badannya tegap dan berisi..Sila lihat gambar di bawah.
YA Allah..seakan2 hendak menitis air mata melihat keadannya..Mungkin inilah hikmahnya Rasulullah menggalakkan kita menziarahi org sakit. Dengannya, kita dapat mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan.. Semoga HARY cepat sembuh dari sakitnya...

Daripada Ibn Abbas r.a, Doa Rasulullah ketika menziarahi org sakit
" Aku memohon kepada Allah yang maha agung, pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu..." Aminnn
Friday, September 7, 2012 1 comments By: Wan Remz

Ibunda tercinta kembali ke RAHMATULLAH

Pengalaman sedey bermula dengan pemergian ibunda tercinta SALEHAH BINTI EBAU..Mak meninggal pada tanggal 27/11/2011 akibat jangkitan kuman dalam darah...Pemergian begitu cepat di usia 48 tahun..Tetapi ALLAH lebih menyayanginya...Anak2mu akan terus memanjatkan doa kepada Allah yang Maha Pengampun agar mencucuri roh mak dan die ditempatkan di kalngan orang-orang yang solehah..Aminnn...Pengorbanan mak mengandungkan, melahirkan dan membesarkan tidak akan dapat dibalas dengan dunia dan seisi isinya...Hanya Allah yang mampu membalasnya..Moral: Jadilah anak yang mentaati ibu bapa selagi hayat mereka masih ada..Dan doakan mereka setelah mereka tiada..

" Ya Allah, Ampunilah dosaku dan dosa ibu bapa ku.. Kasihlah kepada mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami masih kecil"..Aminn...='l


I'm back~~~(^_^)__v

Assalammualaikum...Para pembaca sekalian..

Rasanya hampir satu tahun saya tidak menulis di blog..Hari ni seolah2 mendapat hidayat untuk menulis perkongsian perjalanan hidup di dunia yang fana lagi sebentar nie..Berbagai2 kisah suka duka sepanjang setahun nie...Stay Tune~ Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan hidup..Wassalam....
Sunday, June 26, 2011 0 comments By: Wan Remz

FAMILY DAY DI GENTING HIGHLAND

25-26/6/2011



yeahhh!!!...family day kali ni di Genting Highland...

2 hari 1 malam..Bersama2 dengan angkatan yang terdiri daripada tashriff, hafiz & li meredah ke puncak genting dengan kereta jer..Keadaan jalan yang berkabus tebal ditambah dengan hujan lebat menggusarkan jiwa ni..Jalan yang berselekoh tajam begitu menggerunkan..Dgn pandangan sekitar 10m jer...Alhamdulillah, sampai jugak ke puncak...

Kami check in di hotel first world...

Antara aktiviti2 di sana:mencuba permainan extreme outdoor & indoor, pertandingan bowling, pakaian beragam dan senamrobik...memang mngujakan..

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan siratulrahim sesama pekerja...

Wassalam.



Superman coaster....Kena bayar extra RM10



Badut memeriahkan suasana di sekitar kawasan outdoor

.

Jurassic Park....seremmmmm


Ada gaya Fernando Alonso x?Baik punyerr..

Spinning spinning sampai pening

Tuesday, May 17, 2011 1 comments By: Wan Remz

APA YANG ADA DI LUCKNOW

Salam..

Ku singkap tabir Hotel Piccadily, kedengaran pekan kecil Lucknow cukup hingar bingar dengan bunyi hon..ponn ponn...Jam baru pukul 5.30 pagi...dah macam "ALARM" penggerak tidoq pulak hon nie...Subuh di sini awal..dalam sekitar 4.00 pagi..Perbezaan waktu di sini dengan Malaysia dalam 2 jam setengah...Di sini, memang dah jadi habit pemandu suka hon2...Taxi kecil yang bernama tut-tut memang femes..Di belakang tut-tut nie tertera perkataan HORN PLEASEEE.Kalau masuk simpang, memang takda signal..Side mirror memang ditutup..Wah dasyat...Tapi kadar kemalangan di sini sangat rendah..hairan kannn...
Menu febret saya disini ialah Nasi Beriani Aryan..Ditambah pula dengan kari daging kambing + ayam Tandoori..perggh memang marvellouus...Bertambah la saiz badan macamnie..
Sayu melihat mereka2 yang masih tidur di tepi2 jalan...Teringat pulak satu filem yang bertajuk SLUMDOG MILLIONNAIRE yang berlatarbelakang sisi derita penduduk2 India..

Kais pagi makan pagi, kain petang makan petang...Anda boleh melihat ramai mereka yang tidur bergelandangan di pinggir2 jalan sekitar jalan2 kecil di Amousi Industrial Park. Dalam keadaan begitu, kelihatan pemimpin tempatan membina tugu2 peringatan beliau di taman seluas beratus2 hektar..Batu2 yang digunakan untuk pembinaan diimport dari luar..Lantai marmar yang begitu memancar apabila terkena pancaran matahari..Taman peringatan nie masih lagi dalam pembinaan..Saya sempat masuk seketika..Bag diperiksa dgn teliti..Apabila, Mata saya terpaku melihat beratus2 replika gajah yang lebih tinggi dari saya..Rekabentuk taman nie seperti zaman Cleopatra..Pasti harga pembinaan melibatkan belanja berbillion rupee....Wow..Awesome...Tetapi, saya terfikir seketika..Alangkah baiknya, kos2 pembinaan ini digunakan untuk membangunkan perumahan dan menaik taraf penduduk2 di Lucknow..Jikalau Mahatma Ghandi diingati dengan tugu adalah patut kerana jasanya yang besar kepada tanah besar INDIA keseluruhannya..Hmmm entahlah..Bersama2 lah renungkannya...

Saya sempat meluangkan masa selepas masa kerja ke kawasan bersejarah orang Islam yang dikenali sebagai Binaan Imam Mambara..Masa ketika itu jam 5.30pm...Wow, senibinanya begitu indah dan klasik..Kami upah seorang tour guide yang begitu pengalaman yang begitu mahir selok belok dalam kota misteri itu dan boleh berbahasa inggeris...Kasut mesti dibuka diluar memandangkan ianya adalh tempat suci..Tinggal kasut kat luar pun kena charge 2 rupee..is2.....Kami memilih pengembaraan 30 minit sahaja..Kota tersebut mempunyai jalan2 rahsia yang boleh membuatkan anda tersesat...Banyak direction di dinding yang begitu misteri..Tour guide kami menceritakan sejarah tempat tersebut. Arkitek yang membina kota2 itu dari Iran..Bukan sahaja tempat ibdah, kota itu dijadikan kubu perang...Dinding2 itu diperbuat dari bahan2 yang unik..apabila kita berbisik2 di suatu sudut jauh, kita boleh mendengarnya dengan jelas...Tour guide itu cube buat praktikal..Katanya "Hurry Up"..Wow, begitu jelas sekali katanya..Ini bagai mengelakkan musuh mendengar perbualan..Di dalam kota ini ada lubang2 sistem peredaran udara yang unik dan mengagumkan..

Apa yang boleh dikatakan disini, INDIA memang unik ...Allah menjadikan berbagai2 bangsa di dunia, bagi kita mengenali satu sama lain..Apa yang positif tentang orang India, mereka begitu friendly & melayani tetamu dengan sangat baik...Setakat ini sahajalah lembaran kisah dari India..Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan iktibar..

Wassalam..

Basikal kenderaan utama di Lucknow


Tut tut....comel kan?..


Di kawasan tugu peringatan menteri besar negeri


Kota Imam Mambara di Center of Lucknow

Saturday, April 23, 2011 0 comments By: Wan Remz

MENARA TAIPEI 101

I'm come again...Salam..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman & fakta tentang menara yang tertinggi di dunia...Idea ini datang setelah saya berpeluang melihat sendiri menara yang antara tertinggi di dunia iaitu Menara Taipei 101,Taiwan pada waktu malam..Kesempatan seketika berdiri di hadapan dan melihat dari ruangan kaca menara tinjau begitu membuatkan saya teruja melihat kesibukan & keindahan cahaya2 lampu bangunan bandaraya Taipei yang merupakan ibu negara Taiwan..Wow..GReat.!!!

Menara yang siapa dibina pada 2004 dengan ketinggian 508 m ini menjadi mercu tanda bandaraya Taipei..Ianya mempunyai lif yang berkepantasan 63km/h ini pastinya membuatkan telinga berdesing apabila tiba sahaja di atas..Ketika naik, lif ini akan gelap..Diatas ruangan atas lif ini, akan keluara imej2 buruj2 yang bergerak..Cantikk...Untuk pengetahuan anda, Menara ini dibina dengan sistem penyerap hentakan/gegaran gempa bumi yang berbentuk seakan2 bola dengan berat 80o tan. Ia dapat megurangkan gegaran/gerakan sebanyak 40%.Anda boleh melihatnya..Seperti KLCC, ruang bawah menara ini mempunyai pusat membeli belah..

Rekod bangunan paling tertinggi dipegang kini ialah Burj Khalifah,Dubai yang berketinggian 828m..Ish2..dasat betul...Hampir2 satu kilometer..

Apa hikmahnya di sebalik semua ini. Sebenarnya kegilaan manusia berlumba2 manusia membina bangunan pencakar langit adalah antara tanda2 kecil hari kiamat..Ayuhh kita beringat2...Dunia kini telah tua dan hampir2 ke penghujungnya.. Apabila ditanya pada Rasulullah, bila berlakunya kiamat..Rasulullah menggambarnya dekatnya kiamat itu dengan menunjukkan isyarat tangan jari telunjuk yang dirapatkan dengan jari hantu..Itu 1400 tahun dahulu..Bersama2 lah kita mengambil iktibar...Wassalam...

Ranking menara tertinggi di dunia


MENARA TAIPEI 101


Dari dalam lif



DAMPER MENARA TAIPEI 101